Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

DAP jemput Najib makan malam ini

Kongsi maklumat ini
Tags

DAP_fundraising_dinner_0410_(3)_620_428_100KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput DAP untuk menghadiri acara makan malamnya agar beliau dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana parti tersebut mengumpul dana.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata berikutan pertanyaan Najib mengenai sumber kewangan DAP, jemputan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan mengenai derma RM2.6 billion.

“Ini peluang terbaik bagi Najib untuk memberi penjelasan,” kata Pua.

Pua juga turut menafikan dakwaan DAP pernah menghalang cadangan Najib mengenai sumber kewangan parti politik pada 2009.

Isu mengenai sumber kewangan politik diberi perhatian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat deklarasi bahawa RM2.6 billion dalam akaun bank peribadi Najib adalah derma untuk UMNO.

Sejak itu, Najib telah dilaporkan berkata akan mendedahkan sumber kewangan Umno sekiranya DAP turut mengambil langkah yang sama.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.