Kiriman pada: Tue, Nov 22nd, 2016

DAP Lebih Banyak Berpolitik Dari Membantu kaum Cina

Kongsi maklumat ini
Tags

bantuParti MCA kini kian bangkit dari kelesuan setelah beberapa ketika dilihat seperti lesu akibat dari momokkan parti rasis DAP yang memperlekeh usaha yang dijalankan oleh parti MCA sebagai parti yang menjadi hamba kepada parti Melayu UMNO dalam Barisan Nasional.

Malah ada pemimpin DAP yang mempertikaikan usaha pemimpin parti MCA berkenaan berhubung kepentingan kaum Cina di negara ini termasuk kedudukan sekolah venkular Cina

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang juga Menteri Di Jabtan Perdana Menteri baru-baru ini telah membidas seorang pemimpin DAP berhubung dengan kedudukan sekolah kebangsaan Cina dengan memberi fakta bahawa dalam masa 2 dekad jumlahnya telah berganda.

Malah turut memaklumkan bahawa diantara tahun 1999 sehingga 2016, sejumlah 17 buah sekolah baru Cina telah di luluskan dimana 16 dari nya telah pun beroperasi.

Ini membuktikan bahawa parti MCA telah berkerja dalam senyap tanpa membuat publisiti seperti parti DAP yang banyak bercakap tapi tiada hasilnya, ini menunjukkan bahawa parti DAP yang terlalu leka berpolitik dan sering tertido sedangkan parti MCA telah melakukan kerja untuk masyarakat nya.

Untuk makluman semua sahinga kini sebanyak 1,298 sekolah kebangsaan Cina telah pun beroperasi dan ini membuktikan bahawa parti MCA tidak pernah mengabaikan pendidikan bagi kaum Cina sepertimana yang di dakwa oleh parti DAP, yang kini sedang giat cuba untuk mengembalikan sokongan kaum Cina yang sudah mula menolak parti DAP kerana terlalu banyak berpolitik sahingga mengabakan kebajikan kaum Cina di negara ini.

Datuk Wee juga memaklumkan bahawa dibawah kepimpinan Dato Seri Najib amat prihatin terhadap pendidikan dan pelajara bagi anak-anak tidak kira kaum di negara ini, dan sahingga kini parti MCA sedang menungu kelulusan dari Perdana Menteri dalam usaha untuk membina 8 buah sekolah lagi.

Berbanding dengan parti DAP sahingga kini tiada pun satu dari usaha mereka untuk membangunkan sekolah Cina selain mengadakan “red tape” dalam usaha mengekang kerja baik paarti MCA, malah kerajaan yang diwakili oleh pembangkang sendiri sahingga kini belum membina sebuah sekolah kebangsaan Cina di negeri yang ditadbir oleh pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Diharapkan dengan segala usaya yang dilakukan oleh Parti MCA ini akan membuka kembali mata kaum Cina untuk kembali memberi sokongan kepada parti MCA yang selama ini tidak pernah ketinggalan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.