Kiriman pada: Wed, Nov 16th, 2016

Dari Mana Sumber Kekayaan Adam Rosly? Mungkin Dari Gua Ahmad Albab

Kongsi maklumat ini
Tags

ahmadalbabTidak salah memiliki kekayaan dan Islam tidak mahu umatnya mundur dan hidup didalam kedaifan, kerana dengan kemampuan dan kekayaan umat Islam mampu membantu saudaranya yang sedang kesempitan, tetapi kekayaan yang di tuntut didalam Islam mestilah bersumberkan yang halal dan patuh syariah, bukan dari hasil menipu dan menindas.

Di negara kita Malaysia ini yang sering di war-war kan sebagai sebauh negara yang daif dan memiliki pentadbiran kerajaan yang zalim serta menindas rakyat sahingga terpaksa mengikat perut untuk terus hidup seperti mana yang di laungkan oleh parti pembangkang yang sering menuduh kerajaan telah merompak wang rakyat dan memberi kekayaan kepada kaum kerabat Dato’ Seri Najib sahaja.

Tetapi pada hakikatnya bahawa kerajaan hari ini telah membantu ramai anak muda untuk menjadi kaya raya dan mampu memiliki rumah mewah sainga berharga juataan ringgit ini dibuktikan sendiri oleh Ketua AMK Keadilan Cabang Ampang yang mampu memiliki sebuah banglo mewah beharga jutaan ringgit dengan tidak perlu memiliki jawatan didalam kerajaan atau parti, cukup sekadar menjadi pegawai khas kepada seorang Ahli Parlimen pembangkang sahaja.

Adam Rosly, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang tidak perlu menjadi seorang usahawan besar dalam bidang eksport import atau memiliki rangkaian gedung perniagaan yang besar-besar, cukup sekadar menjadi pegawai khas yang biasanya memperuntukkan kelayakan Ijazah atau Ijazah Sarjana untuk memiliki deretan kereta mewah dan banglo mewah di persekitaran kehidupan sederhana rakyat marhaen.

Yang paling menarik ialah beliau hanya berusia 28 tahun sahaja ketika ini, tetapi sudah mampu untuk memiliki apa yang hanya sekadar menjadi mimpi kepada separa anak muda yang lain di era kezaliman kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang sering parti Adam Rosly ini laungkan.

Ya Islam mahukan umatnya berdaya mampu untuk menuju ke alam akhirat, berjaya di dunia untuk akhirat dan Adam telah membuktikannya walaupun Nabi Muhamad S.A.W merasa sedikit mewah ketika berusia 40 tahun, berbanding dengan nasib Adam Rosly yang mendapat keistimewaan dari Allah pada usia 28 tahun.

Oleh kerana kepelikan kepada hasil dan keraguan terhadap sumber kewangan yang di perolehi oleh Adam maka pihak SPRM perlulah menjengah sebentar atau melawat dan bertanya khabar dengan Adam Rosly, risik-risiklah dari mana sumber hasil kekayaan yang sekelip mata itu adakah hasil pajakkan tiket lotri kebajikan masyarakat atau datang dari gaji sebagai pegawai khas atau datang dari gua Ahmad Albab.

“Kita tak kisah dia kaya dan apa yang dia nak beli, tetapi macam mana tiba-tiba boleh menjadi kaya sehingga mampu membuat rumah besar, dari mana datangnya duit? kepada pihak SPRM di minta siasatlah dari mana Adam Rosly ini mendapat wang,”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.