Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Dato Seri Najib Melawat Arab Saudi

Kongsi maklumat ini
Tags

MALAYSIA-POLITICS-1MDB-CORRUPTION-NAJIB-FILESKuala Lumpur – Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 29 Februari hingga 3 Mac 2016.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Datin Sri Rosmah Mansor, Dato’ Seri Hishammuddin dan dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Abdul Wahid Omar serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Dato’ Seri Najib akan menyampaikan ucaptama mengenai Private Public Partnership di Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada 1 Mac 2016.

JEF merupakan medan pertemuan bagi pemimpin-pemimpin, ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dari serata dunia untuk mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu-isu global.

Semasa lawatan ke Arab Saudi ini, Perdana Menteri dijadualkan untuk mengadap Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud.

Majlis-majlis tersebut akan memberikan peluang kepada kedua-kedua pemimpin untuk membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. dato’ Seri Najib juga dijadualkan untuk melawat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini ditempatkan di Hafar Al Batin.

Lawatan kerja Perdana Menteri ini akan menjadi penanda aras hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi. Ia akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha untuk meningkat dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang telah sedia terjalin.

Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang akrab di antara kedua-dua buah negara khususnya dari aspek politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji.

Arab Saudi merupakan salah satu rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah. Jumlah dagangan dua hala bagi tahun 2015 adalah bernilai RM3.42 billion dengan import sebanyak RM7.53 billion dan eksport sebanyak RM3.42 billion.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.