Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Datuk Seri Vida tetap mahukan jersi TRW warna merah jambu

Kongsi maklumat ini
Tags

vidaNAMA Datuk Seri Vida terus mendapat perhatian gara-gara isu penajaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Jika semalam Tan Sri Annuar Musa, presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan bahawa jersi utama pasukan akan tetap menggunakan warna merah, hari ini ia nampaknya menerima reaksi yang bertentangan dari Datuk Seri Vida.

Mstar Online melaporkan, pengasas Vida Beauty itu nampaknya bertegas mahukan jersi utama pasukan menggunakan warna merah jambu.

“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya dalam laporan itu.

Tambahnya lagi, pihak KAFA perlu berbincang dengan pengeluar dan penaja yang bertanggungjawab ke atas jersi, kerana beliau tetap dengan pendiriannya dan menganggap perkara tersebut sebagai haknya sebagai penaja utama.

“Saya tak peduli, Nike atau Adidas, yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini,” katanya.

Tan Sri Annuar Musa semalam menjelaskan warna merah jambu hanya akan digunakan pada jersi ketiga pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors itu (TRW).
Bagaimana pula pendapat anda? Patutkah TRW menggunakan jersi berwarna merah jambu sebagai jersi utama?

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.