Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

DBKL Rancang Naik Taraf Peniaga Kaki Lima Kepada ‘Food Truck’

Kongsi maklumat ini
Tags

jkgfuKuala Lumpur – Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk menaik taraf peniaga kaki lima kepada perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan (food truck) menjelang 2020.

Menurut Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor , rancangan perniagaan yang dijalankan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dilihat lebih efisyen, bersih dan mudah diurus ke lokasi-lokasi yang bersesuaian.

“Setakat ini, DBKL telah mengenal pasti 50 peniaga yang mahu menaik taraf perniagaan mereka ke konsep karavan dan kita akan memberikan geran RM10,000 kepada peniaga ini sebagai pengembangan perniagaan mereka,” katanya menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) pada persidangan Dewan Rakyat.

Khalid ingin tahu mengenai statistik penjaja kecil warganegara Malaysia yang beroperasi tanpa lesen di Kuala Lumpur serta pelan tindakan untuk mempertingkatkan kemudahan kepada mereka termasuk insfrastruktur, peralatan dan kelengkapan, bantuan kewangan, pengetahuan, permit perniagaan dan lesen lain.

Selain cadangan menaik taraf peniaga ke konsep karavan, DBKL juga telah melaksanakan beberapa naik taraf lokasi perniagaan sesuai seperti di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan Taman Tenaga, Cheras.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.