Kiriman pada: Sat, Nov 7th, 2015

Debat 1MDB berkemungkinan dipolitikkan

Kongsi maklumat ini
Tags

muiALOR SETAR: Perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dengan Tony Pua atau Rafizi Ramli tidak semestinya membantu menjernihkan keadaan, malah berkemungkinan ia akan dipolitikkan. Ini kerana menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kedua-dua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ahli Parlimen Pandan itu dikenali amat cekap mempolitikkan sebarang isu. “Saya tidak pasti kalau pendekatan debat ini boleh membantu lebih-lebih lagi kalau ia menjadi politik, sebab, mulanya Tony Pua kemudiannya Rafizi. “Kita tahu dua ahli politik ini memang cekap dalam mempolitikkan isu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini. Pembabitan Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Rafizi, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perdebatan itu katanya, tidak menjamin isu IMDB itu tidak dipolitikkan. Menurut Mukhriz, apa yang diperlukan ketika ini adalah pendekatan untuk menjelaskan isu berkenaan integriti IMDB tanpa ‘dicemari’ dengan isu-isu politik. “Saya tidak yakin sama ada Tony (Pua) atau Rafizi (Ramli), debat itu tidak akan berunsur politik. Kalau hendak berdebat, mungkin selain dengan orang-orang politik saya ingat,” kata beliau. Mengenai penolakan PAS Kedah terhadap tawaran kerjasama daripada UMNO Kedah, Mukhriz berkata, pihaknya ikhlas untuk menjalin kerjasama di dalam bidang tertentu dengan parti pembangkang itu. UMNO katanya, telah beberapa kali menghulur tangan persahabatan tetapi tidak disambut oleh PAS. “Selagi niat kami ikhlas, kami terus berusaha. Jikalau dia (PAS) terima bagus, jikalau tidak diterima hendak buat macam mana,” katanya. Semalam, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhurazi dalam kenyataan berkata parti itu bertegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan UMNO.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.