Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Dedah identiti dalang dan tindakan untuk guling kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

KHAIRY_JAMALUDDIN_SERI_PACIFIC_06072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_03BUKIT KATIL: Identiti pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, setiap pemimpin dan ahli parti perlu tahu pergerakan individu terbabit serta langkah yang mahu diambilnya untuk menggulingkan kerajaan.

“Kalau ada satu usaha guling kerajaan, saya rasa elok jika kita diberitahu siapakah individu terlibat dan apakah cara dimaksudkan untuk guling kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Bukit Katil pada Ahad.

Beliau juga bertegas tidak kenal identiti individu yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan itu akan mendapatkan maklum balas terhadap usul tergempar Pemuda UMNO Bahagian Tampin yang sebulat suara meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pada masa sama, beliau yakin usul tersebut tidak menggambarkan pendirian Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.