Kiriman pada: Thu, Mar 19th, 2015

Demi Demokrasi Dan Semangat Perpaduan

Kongsi maklumat ini
Tags

hudud di kelantan_11Kuala Lumpur – Semalam 18 Mach 2015 kerajaan negeri Kelantan telah menbentangkan rang undang undang Kanun Jenayah Shariah 2, 1993 pindaan 2015 yang lebih di kenali sebagai hudud. Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub ketika membentangkannya berkata ianya hanya terpakai kepada orang Islam sahaja apabila di kuat kuasakan kelak dan hanya terpakai kepada orang Islam yang melalkukan kesalahan di Kelantan sahaja.

Pembentangan rang undang undang hudud itu bukanlah enakmen baru tetapi pindaan kepada undang undang sedia ada, Hudud Kelantan menarik perhatian kerana ia telah di bincangkan oleh semua pihak sejak PAS mula memerintah Kelantan sejak 1990. Ia juga mendapat tentangan terutama dari pada parti DAP sejak ia di usulkan dan sebelum ujudnya pakatan pembangkang.

Baru baru ini apabila kerajaan Kelantan mengumum akan membentang enakmen itu, Ahli Parlimen DAP Puchung yang juga Pengerusi Biro Undang Undang DAP, Gobing Singh Deo, telah memberi amaran yang PAS akan terkeluar dari pakatan pembangkang jika meneruskan pembentangan enekman itu.

Kenapa DAP membantah keras sedangkan ianya sudah di jelaskan bahawa undang undang itu hanya terpakai kepada umat Islam yang melakukan kesalahan di Kelantan sahaja. Menurut penganalisa politik bantahan dari DAP itu bukanlah kerana intipati undang undang itu tetapi kerana dari segi politik.

DAP tidak mahu dilihat tunduk kepada PAS terutama oleh MCA dan GERAKAN yang di tuduh oleh DAP tunduk kepada UMNO. Sebelum pembentangan enakmen tersebut para pemerhati politik telah menjangka bahawa pembentangannya akan di luluskan dengan mudah malah ia juga telah di perkenan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ketika merasmikan istiadat pembukaan Penggal Ke Tiga Dewan Undang Negeri ke 13 pada 16 Mach lalu.

Namun walaupun ia di luluskan tetapi ia masih menghadapi halangan untuk melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya, Ini kerana undang undang itu masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan. Berikutan itu kerajaan negeri Kelantan perlu membawa rang undang undang persidangan ahli parlimen untuk meminda akta 355 dibawah peruntukan 36A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi meluaskan kuasa kerajaan negeri terhadap kesalahan jenayah yang pada dasarnya di bawah bidang kuasa kerajaan pusat melalui jadual ke 9 perlembagaan. Selain itu perkara 74 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan agihan kuasa kerajaan negeri dan persekutuan kedua dua kerajaan hanya boleh membuat undang undang dalam sabit bidang kuasa masing masing.

Manakala perkara 4 dengan jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi dan mana mana yang bercanggah dengannya adalah terbatal. Selain itu akta makamah syariah dalam bidang kuasa jenayah 1965 juga menghadkan kuasa makamah Syariah, Seksyen 2 akta itu menghadkan kuasa menghukum ia tidak boleh menjatuhkan hukuman lebih dari 3 tahun penjara atau denda tidak lebih 5 ribu ringgit atau sebatan tidak lebih dari 6 kali atau apa apa gabungan hukuman tersebut.

Kuasa tersebut jauh lebih rendah dari makamah sivil, kesimpulannya walaupun undang undang itu telah di luluskan nanti kerajaan Kelantan perlu mengharungi beberapa halangan perundangan selain cabaran politik untuk melaksana sepenuhnya undang undang hudud Kelantan.

Sementara itu masyarakat bukan Islam tidak harus merasa bimbang dengan perlaksanaan undang undang tersebut ini kerana penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang undang hudud Kelantan itu dan ia hanya di laksanakan di negeri Kelantan sahaja. Jestru ia perlu di hormati bagi semangat demokrasi dan perpaduan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.