Kiriman pada: Wed, Feb 15th, 2017

Demi Keselamatan Haramkan Sahaja Dego Ride

Kongsi maklumat ini
Tags

Sebenarnya penulis tidak lah berapa faham dengan isu yang kini menjadi perbualan sangat hangat sahingga pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kabinet terpaksa masuk capur.

Ianya adalah isu teksi motorsikal atau dikenali dengan nama Dego Ride, satu perkhidmatan pengangkutan yang mengunakan motorsikal untuk menghantar dan mengambil penumpang, dengan kadar sewa serendah RM2.50 sahaja.

Ianya bolehlah dikatakan sebagai satu alternatif yang lebih pantas dan cepat untuk sampai kedestinasi dalam redius 3 kilometer berbanding dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang lain.

Dego Ride ini telah pun di ujudkan disekitar bulan September 2015, oleh seorang anak muda, Nabil Feisal Bamadhaj yang melihat peluang terbuka didalam industri pengangkutan awam ini yang bersesuai dengan gerak pantas penduduk warga kota bertepatan dengan peredaran masa.

Mungkin idea ini datang dari apa yang berlaku di luar negara seperti di Indonesia, Thailand, Viatnam dimana kenderaan motorsikal adalah menjadi nadi pengerak utama pengangkutan awam dinegara berkenaan.

Jika dilihat secara sepintas lalu, Dego Ride ini tidak memberi banyak masalah, baik dari segi berhadapan dengan kesesakkan jalan raya, mahu pun ruang meletakkan kenderaan yang juga menjadi isu besar di bandar-bandar terutamanya di Kuala Lumpur.

Tetapi jika di bincangkan dari isu keselamatan (jangan kita bincang soal permit kerana Uber dan Grab Car juga tiada permit) rasanya kita boleh faham mengapa Dego Ride ini tidak di terima perkhidmatannya sebagai kenderaan awam oleh kerajaan Malaysia.

Soal insyuran nyawa jika berlaku kemalangan juga adalah tidak perlu di utarakan, untuk apa menerima wang imbuhan jika kita kehilangan anggota badan, dimana kita ketahui bahawa kemalangan melibatkan kenderaan motor ini risikonya terlalu tinggi.

Jika melihat kepada kenyataan dari laman sesawang Dego Ride ada menyebut setiap penumpang dibekalkan dengan insyuran yang bernilai RM500.00 sahaja, berbaloikah jika kita kehilangan tangan dengan RM500.00 ini.

Setelah mendalami isu Dego Ride ini baharu lah penulis faham mengapa Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengusulkan kepada kabinet agar perkhidmatan Dego Ride ini diharamkan, puncanya adalah isu keselamatan penguna yang menjadi isu besar yang harus diutamakan.

Sebelum rakyat dan penguna menghukum akan keputusan kerajaan yang telah memutuskan mengharamkan perkhidmatan pengangkutan Dego Ride ini, seharusnya memikirkan bahawa selamatkah pengunaan motorsikal ini sebagai pengangkutan awam.

Mengikut stastistik Polis Di Raja Malaysia, kebanyakkan kemalangan dan kemalangan yang melibatkan kematian adalah di monopoli oleh penunggan dan pembonceng motorsikar ianya hampir 65% dari keseluruhan kemalangan yang berlaku.

Oleh itu adalah baik dan tepat sekali apabila kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan Dego Ride ini dari meneruskan operasi mereka walaupun ianya mendapat permintaan ramai.

Tindakan Datuk Seri Liow Tiong Lai bukanlah mahu menyekat rezeki pengusaha Dego Ride tetapi tindakan diambil setelah menilai keberkesanan dan risiko yang bakal dihadapi oleh penguna Dego Ride.

Dengan keputusan kerajaan ini, setiap pengendali motor Dego Ride yang engkar akan di saman, sahingga kini Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula melakukan operasi menyaman pengendali kenderaan motor Dego Ride di sekitar ibu kota.

Ketika artikel ini ditulis dimaklumkan 3 saman telah dikeluarkan kepada pengendali motor Dego Ride ini dan mereka boleh di dakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara selama dua tahun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.