Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Demonstrasi Jalanan Bukan Penyelesaian Masalah

Kongsi maklumat ini
Tags

Bersih-DemonstratorsKota Kinbalau – Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.

Bekas timbalan ketua polis negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin berkata walaupun Perlembagaan negara memberi hak kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman tetapi demonstrasi jalanan bukan cara untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Andakah anda dapat menyelesaikan masalah dengan demonstrasi jalanan?. Jangan menyalahgunakan undang-undang yang sedia ada untuk mencapai apa-apa matlamat yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan ekonomi negara.

“Tindakan ini bukan boleh menyelesaikan apa-apa tetapi menimbulkan masalah dan bebanan untuk orang lain. Sebaliknya, kita perlu memberi perhatian terhadap isu-isu lain dan bukan merancang demonstrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas rancangan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada 29 dan 30 Ogos ini.

Sebelum itu, Mohd Bakri menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memartabatkan Undang-Undang dan Mengekalkan Kesejahteraan Awam Dalam Persekitaran Yang Mencabar: Perkongsian Pengalaman dengan Bekas Timbalan Ketua Polis Negara’ di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kampus Sabah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.