Kiriman pada: Sat, Feb 13th, 2016

Denda Yang Tinggi Bukanlah Cara Mendidik Yang Baik

Kongsi maklumat ini
Tags

liowCadangan untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik bukanlah satu cadangan yang boleh dan mampu mengubah pemandu menjadi lebih baik dan berhemah di jalan raya malahan kadar kompaun yang ada sekarang pun masih banyak yang tak mampu bayar, bagaimana pula jika kadar ini dinaikan.

Itu pandangan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berpendapat menaikan kadar saman trafik ianya tidak akan mendidik pemandu malah cara ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau berpandangan bahawa penguatkuasaan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) disamping menguatkuasakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) adalah lebih praktikal dan lebih berkesan.

Mengenakan denda dengan kadar yang tinggi, akan membuat rakyat kebanyakkan merasakan bahawa kerajaan cuba melakuan penganiayaan kepada mereka berbeza dengan mereka yang mampu dari segi kewangan sudah pasti denda yang tinggi tiada masalah bagi mereka.

Apabila mentakrifkan kesalahan ‘trafik’ atau lalu lintas ianya bukan sahaja melibatkan kesalahan memandu melebihi had kelajuan tetapi ianya juga merangkumi kesalahan seperti kesalahan meletak kenderaan, tidak memiliki lesen memandau atau pun cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Kesalahan- kesalahan seperti ini tidak akan melibatkan kematian atau kemalangan serius yang perlu di beri kompaun maksimum seperti yang di cadangkan.

Jadi pandangan Datuk Seri Liow agar pengunaan sistem KEJARA di kemas kini perlulah di beri pertimbangan dan perhatian kerana hanya mereka yang melakukan kesalahan trafik dan melanggar peraturan lalulintas yang akan ditolak mata dalam kadar tententu sehingga mencapai tahap lesen mereka digantung.

Kaedah ini lebih berkesan dan memberi impak kepada masyarakat kerana terdapat peluang untuk mereka membetulkan kesalahan yang mereka lakukan dan ia akan menjadi peringatkan kepada mereka yang melakukan kesalahan agar jangan melakukan kesalahan yang berulang.

Yang penting pendidikan mematuhi undang-undang jalan raya patut diajar sejak bermula dari usia muda dan ketika mereka memohon untuk memiliki lesen memandu agar apabila mereka berada dijalan raya mereka sudah biasa mengikut dan mematuhi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.