Kiriman pada: Wed, Nov 30th, 2016

Dengar Suara Anak Muda

Kongsi maklumat ini
Tags

anakmudaKuala Lumpur – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa terbuka dan menerima pandangan daripada pergerakan tersebut sehingga ada di antaranya diangkat menjadi dasar dan program kerajaan.

Menurut ketuanya Khairy Jamaluddin, Najib yang juga Presiden UMNO adalah seorang pemimpin yang sentiasa mendengar suara anak muda selain seorang pemimpin yang selari dengan aspirasi orang muda.

Justeru ia menjadi antara sebab yang mendorong Pemuda untuk terus memberi sokongan kepada Najib untuk kekal menerajui parti dan kerajaan.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bukan sahaja terbuka dan menerima pandangan golongan muda, bahkan menyokong kebanyakan idea kita sehingga diangkat menjadi dasar dan program kerajaan.

“Inilah antara sebab mengapa Pemuda terus memberi sokongan kepada beliau untuk kekal menerajui parti dan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Khairy turut mengingatkan bahawa perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO tidak boleh bersifat satu dimensi sahaja.

Sebaliknya ujar beliau, pergerakan itu perlu membawa identiti baru dalam memperkenalkan ‘Qiyadah Fikriyah’ atau kepimpinan berfikir (thought leadership).

“Kita telah bersetuju bahawa perjuangan Pemuda tidak boleh bersifat satu dimensi sahaja. Bising-bising ‘tin kosong’.

“Tetapi sebaliknya membawa identiti baru dalam memperkenalkan Qiyadah Fikriyah atau kepimpinan berfikir.

“Mencambahkan idea dan penyelesaian untuk golongan muda supaya mereka terus yakin bahawa mereka boleh menyandarkan harapan kepada Pemuda UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, hari ini.

Dalam ucapan dasar beliau, beliau turut mengimbau ingatan perwakilan terhadap desakan dan permintaan Pemuda UMNO melalui video ucapan beliau terdahulu dan video respon Perdana Menteri meluluskan pemintaan-permintaan ini.

Menurut Khairy lagi, adalah penting untuk Pergerakan Pemuda UMNO dilihat oleh golongan muda bahawa ada pihak yang boleh memperjuangkan pandangan dan isi hati mereka dan ada pihak dalam kumpulan pemerintah yang memahami jiwa dan membawa suara yang senada dengan mereka.⁠⁠⁠⁠

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.