Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

DENGGI: 309 KES DICATATKAN DI KLANG 1-9 JAN

Kongsi maklumat ini
Tags

sryirKlang – Sebanyak 309 kes demam denggi direkodkan di daerah Klang dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini (1 hingga 9 Jan) dengan dua kawasan ‘hotspot’ dikenal pasti iaitu di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datuk Yasid Bidin berkata tiada sebarang kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, katanya MPK akan memperhebatkan pemeriksaan di tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di taman rekreasi, kompleks beli-belah dan stadium.

“Di samping itu, ceramah dan latihan diberikan kepada kontraktor pembersihan MPK setiap minggu supaya mereka lebih berhati-hati dan teliti dalam membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog pelan induk pengangkutan awam negeri Selangor bersama wakil rakyat dan badan bukan kerajaan di MPK .

Yasid berkata kawasan perumahan di Taman Sentosa banyak merekodkan kes demam denggi kerana kawasannya yang rendah yang menyebabkan air bertakung di parit atau longkang.

Mengenai tindakan ke atas peniaga tempatan di Klang yang ‘mengalibabakan’ lesen perniagaan kepada pihak ketiga, Yasid berkata tindakan tegas akan diambil dengan membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.