Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Dera-Manusia Berhati Iblis

Kongsi maklumat ini
Tags

DeraSelepas beberapa siri kes penderaan kanak-kanak yang meruntun jiwa, umum dikejutkan dengan peristiwa tragis yang menimpa adik Nur Zuliana Zaara Zulkifli yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Akibat didera, anak kecil yang mesra dipanggil ‘Yaya’ itu telah mengalami patah 13-tulang di beberapa bahagian badan.

Lebih memilukan mangsa di percayai terpaksa menanggung kesakitan itu bersendirian selama kita-kira 3 hingga 6 bulan, Bukan itu sahaja, anak kecil yang berusia 5 tahun itu juga mempunyai kesan lebam, luka dan parut di seluruh badan selain mengalami kurang zat makanan kronik hingga menyebabkan berat badannya susut melampau.

Walaupun umurnya masih panjang namun kesan penderaan yang di alamai ‘Yaya’ akan di tanggung seumur hidup, Terdapat kemungkinan bahawa kanak-kanak itu akan membesar sebagai orang cacat dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Kisah yang menimpa ‘Yaya’ hanya sebahagian kes yang didedahkan kepada orang ramai, Siapa tahu mungkin ada kes yang serupa berlaku namun tidak di laporkan.

Kebelakangan ini pula sering kita dengar kes-kes penderaan kanak-kanak yang di lalkukan oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak itu sendiri.

Statistik pada 2014 sebanyak 2409 kes penderaan kanak-kanak di rekodkan daripada jumlah itu 1228 kes dilakukan oleh gulungan ibu, 995 kes bapa dan 186 kes lagi dilakukan oleh pengasuh di rumah jagaan kanak-kanak atau pusat penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti.

Hakikatnya walaupun sudah sering kali kisah dera membabitkan kanak-kanak di dedahkan dalam media cetak mahupun media eletronik namun isu itu saperti tidak berkesudahan. Adakah ini bermakna sifat keprimanusiaan sudah kian luntur atau masyarakat sekarang sudah bebal dan tidak ambil peduli, hingga membenarkan perilaku penderaan kanak-kanak terus berlaku di sekeliling kita.

Kepada siapakah yang perlu di pertanggungjawabkan apabila kejadian seperti ini terus berulang, Kanak-kanak di Malaysia di lindungi oleh Akta kanak-kanak 2001, Akta ini menjelaskan hak kanak-kanak antaranya mereka perlu di lindungi dan dikasihi oleh penjaga terutama ibu bapa.

Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan kasih sayang selain dari pemakanan yang baik serta peluang pendidikan, Mereka adalah amanah dari Allah dimana penjaganya akan di minta memberi pertanggungjawapan penuh atas amanah tersebut.

Apa pun alasan kemarahan tidak wajar di lepaskan terhadap anak-anak, Seharusnya setiap anggota masyarakat dan badan berkewajipan bergading bahu mengatasi kemelut penderaan kanak-kanak ini dengan serius sudah pasti pencabulan hak modal insan terpenting bagi masa depan negara ini akan dapat di minimumkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.