Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Desakan Kepada Mukhriz Bukan Isu Baru

Kongsi maklumat ini
Tags

image (8)Kegagalan untuk menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri Kedah serta tiada sebarang perancangan yang strategik untuk menghadapi PRU ke 14, menjadi penyebab hampir kesemua ketua UMNO Bahagian Kedah memohon agar presiden Parti yang juga Perdana Menteri untuk melakukan perubahan di negeri tersebut.

Satu kenyataan media telah di keluarkan hari ini oleh kumpulan Ketua-Ketua Bahagian yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah, mahu Dato’ Seri Najib menukar segera Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Juga disebut didalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa keseluruhan kepimpinan dan wakil rakyat UMNO Kedah telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar dan juga sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Beliau di katakan gagal menyatupadukan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri Kedah serta tiada sebarang perancangan strategik oleh UMNO Kedah untuk menghadapi PRU ke 14, juga gagal mengurus-tadbir kerajaan negeri.

Mukhriz Mahathir di pilih menjadi Menteri Besar Kedah setelah Kedah memenangi pilihanraya umum PRU 13 yang sebelum ini di kuasai oleh PAS, sebelumnya beliau adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Tindak tanduk Mukriz sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi yang beliau tidak bersama dengan keputusan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO di dalam banyak perkara termasuk yang melibatkan bapanya Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beliau di lihat tidak pernah memberikan sokongan kepada Ketuanya yang telah memilih dan melantik beliau ke jawatan Menteri Besar Kedah sekarang ini, malah ramai pemimpin yang berpendapat beliau sudah tidak sesuai lagi berada di dalam jawatannya hari ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada Ketuanya sendiri.

Isu meminta Mukriz untuk melepaskan jawatan bukanlah isu baru tetapi desas-desus untuk menukar dan mengugurkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah sudah kedengaran sejak beberapa bulan lepas tetapi keadaan sebenar sokongan kepada beliau di negeri itu masih tidak diketahui.

Desakan ini juga bukan sahaja berlaku dari kalangan rakan dan seteru politik sahaja, tetapi turut datang dari penyokong kuat Mukhriz yang telah berhempas pulas untuk beliau menang semasa PRU dahulu, yang kini merajuk dan membawa diri masing-masing apabila Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah.

Hari ini segala kekalutan yang berlaku sudah pun terlerai bila mana hampir keseluruhan bahagian UMNO Kedah berhimpun dan mula menyatakan pendirian mereka, di harapkan apa-apa sahaja perubahan yang berlaku biarlah ianya memberi kebaikkan kepada UMNO dan Barisan Nasional amnya.

* di antara Ketua bahagian yang hadir sidang media tadi

* di antara Ketua bahagian yang hadir sidang media tadi

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.