Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Dewan Negara Lulus Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

yjjKuala Kumpur – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara, diluluskan Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika mengumumkan perkara itu pada pukul 8.20 malam, berkata undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian suara dengan lebih ramai yang menyokong berbanding yang membantah.

“Ia diwujudkan untuk menambah baik dan menjaga ketenteraman negara setelah mengambil kira keseluruhan perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.

“Jangan ada prejudis, ia dibuat bukan untuk siapa-siapa tapi untuk negara tercinta,” katanya selepas bacaan kali ketiga rang tersebut.

Rang itu telah dibahas begitu hebat oleh 37 senator baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun daripada pembangkang sepanjang persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika menggulung RUU itu berkata tidak timbul isu perdana menteri mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang menjadi kebimbangan banyak pihak sebelum ini.
Disember 23, 2015 Ditulis oleh BeritaRTM Kategor

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.