Kiriman pada: Wed, Apr 29th, 2015

Dewan Pemuda PAS PP buat pusingan U, putar belit perjuangan

Kongsi maklumat ini
Tags

uturn.transformed_0KEPALA BATAS: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang membuat pusingan U apabila menyatakan kesediaan bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah, berkata tindakan itu dilakukan selepas bermesyuarat dengan wakil Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat di Markas PAS Alor Pongsu Seribu, semalam. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih tetap mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk menarik balik kenyataan berhubung Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hudud.

“Ini bukan gimik PRK, tapi kami hanya mahu mempertahankan kemenangan pakatan di Parlimen Permatang Pauh. “Selepas ini, kami juga akan menggerakkan Pemuda PAS negeri untuk membantu jentera PKR, sepanjang tempoh berkempen,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar berhubung ketetapan terkini DPP Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.