Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Dialog Saidina Ali dan Khawarij

Kongsi maklumat ini
Tags

ali-bin-abi-thalib-adalah-khalifah-yang-cakap-di-_110420130852-632Alkisah ada seorang Khawarij yang datang menemui Ali bin Abi Thalib seraya berkata,

“Wahai khalifah Ali, mengapa pemerintahanmu banyak dikritik oleh orang, tidak sebagaimana ketika pemerintahan Abu Bakar dan Umar?!”

Saidina Ali menjawab, “Kerana pada zaman Abu Bakar dan Umar yang menjadi rakyat adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, sedangkan rakyatku adalah kamu dan orang-orang yang sepertimu!!”

Pengajaran:

1. Jangan mimpi nak dapat pemimpin se-soleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar jika kita sendiri tidak se-soleh seperti Saidina Ali dan Sahabat-sahabat yang lain. Allah telah mengangkat orang yang paling soleh di kalangan orang-orang soleh pada generasi Sahabat untuk menjadi pemimpin mereka. Bandingkan dulu rakyat yang dipimpin oleh Saidina Abu Bakar dengan diri kita. Adakah kita setaraf Saidina Ali, Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas dan lain-lain?

2. Apalah gunanya pemimpin yang soleh seperti Saidina Ali naik menjadi Khalifah sekiranya rakyat di bawahnya berakidah Khawarij? Negara tetap tidak akan tenteram. Saidina Uthman dan Saidina Ali yang telah dijamin syurga pun menjadi mangsa fitnah puak Khawarij dan akhirnya dibunuh.

Apa yang berlaku hari ini, ramai di kalangan kita memfokuskan segala usaha mereka untuk mengubah kepimpinan kerajaan sedangkan masyarakat diabaikan.

Mengapa tidak ubah diri sendiri terlebih dahulu? Pelajari aqidah yang sahih yang dipegang oleh para Salafus Soleh. Tinggalkan syirik, bidaah dan maksiat. Berhenti merokok. Rajin-rajinkan diri pergi ke majlis ilmu dan solat berjemaah setiap kali masuk waktu, baca Al Quran setiap hari dan fahami makna dan tafsirnya. Kalau memang dah buat, Alhamdulillah. Cuba ajak ahli keluarga lain, kemudian jiran terdekat. Boleh?

Jika masyarakat telah diperbetulkan, usah risau. Allah pasti menaikkan pemimpin yang paling baik di kalangan orang-orang yang baik.

Hadis Qudsi buat renungan-

“Allah akan gantikan pemimpin yang zalim kepada pemimpin yang baik, Setelah rakyat sesebuah negara itu bertukar menjadi rakyat yang baik dan taat akan perintah Allah.”

Allah S.W.T berfirman (dalam Hadis Qudsi) – “Aku ialah Allah yang tiada Tuhan selain Aku. Aku ialah Pemilik segala2nya, dan Raja bagi segala raja.”

“Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah semuanya dalam tangan (kekuasaan) Aku. Sesungguhnya apabila hati segala rakyat telah taat kepada Aku, maka ketika itu (dengan Rahmat-Ku), Aku akan merubah hati segala Raja dan Pemimpin menjadi lemah-lembut dan dapat mencurahkan kasih-sayang mereka kepada rakyat.”

“Akan tetapi apabila hati segala rakyat mula berpaling daripa Aku (tidak taat dan menderhaka kepadak-Ku), maka ketika itu Aku akan merubah hati segala raja dan pemimpin sesebuah negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka (rakyat yang tidak taat dan derhaka kepada-Ku). Mereka akan ditimpa siksaan yang amat berat (sebagai balasan terhadap kederhakaan mereka kpd Aku).”

“Oleh itu, janganlah mereka (para rakyat) bertindak menentang raja dan pemimpin mereka. Sebaliknya, jika mereka dapati raja atau pemimpin mereka ZALIM, mereka hendaklah perbanyakkan berzikir (mengingati Aku), dan merubah diri menjadi hamba-Ku yang taat, dan meneruskan taat kepada-Ku.”

“Maka, ketika itu (setelah segala rakyat menjadi baik), segala urusan raja dan pemimpin mereka adalah berada di Tangan Aku.” (Riwayat Imam At-Tabrani dan Abu Darda’ – lihat kumpulan Hadis Qudsi).

Ertinya, bila seluruh rakyat sesebuah negara itu taat kepada Allah, maka Allah akan menukar pemimpin yg zalim kepada pemimpin yang baik. Sebabnya, urusan menentukan kuasa ke atas sesebuah negara dan urusan mengurus (melantik) pemimpin adalah urusan dan terletak di tangan (kekuasaan dan kehendak Allah), usaha manusia ada sebagai sebab zahir sahaja, kuasa menentukan (takdir) adalah pada Allah.

Inilah keyakinan dam sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.