Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Dianggap Kelas Rendah – Punca Anak Muda Tidak Berminat Dialam Sektor 3D

Kongsi maklumat ini
Tags

1Isu pekerja asing yang hangat di perkatakan kebelakangan ini sahingga menimbulkan perdebatan di kalangan pelbagai pihak mencapai kemuncaknya apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber.

Penangguhan itu sahingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sektor tenaga kerja oleh pihak industri, yang pasti keputusan telah di buat, sama ada ia tindakan yang tepat atau sebaliknya dalam keadaan semasa semua pihak khususnya majikan perlu menerima dengan hati terbuka.

Sebarang ketidakpuasan hati perlu di salurkan dengan cara yang betul, dari sudut lain kita perlu sedar akan sumbangan besar pekerja asing terhadap pembangunan Malaysia.

Mana tidaknya 85 sahingga 90% daripada 4 ratus ribu tenaga kerja disektor pembnaan terdiri daripada warga asing, manakala disektor perladangan dan pertanian 80% dari pada 7 ratus ribu pekerja adalah warga asing.

Berdasarkan angka-angka itu sukar untuk kita bayangkan hala-tuju pembangunan Malaysia tanpa penyertaan mereka, apabila bercakap soal kebanjiran pekerja asing kita tidak dapat lari daripada menyentuh keperluan 5 sektor terutama.

Ia itu perkilangan, pembinaan, perkhidmatan pertanian dan perladangan sektor yang di ketegorikan sebagai bahaya, kotor dan sukar atau 3D.

Berikutan keputusan penangguhan kemasukkan pekerja asing itu antara pilihan yang ada ialah mengalakkan penyertaan rakyat tempatan, oleh itu ada pihak menggesa kerajaan meningkatkan usaha dalam mengalakkan dan melatih gulungan belia untuk melibatkan diri dalam sektor pekerjaan 3D.

Bukan hendak bersikap pasif tapi dari segi rialitinya apakah cadangan seumpama itu benar-benar pilihan terbaik dan begitu mudah dijayakan.

Jika kita turun padang dan melihat sendiri barulah kita dapat membuat rumusan setakat mana idea seumpama itu mampu direalisasikan, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menarik minat gulungan belia menyertai sektor berkenaan ialah mengikis tanggapan dan persepsi masyarakat.

Sikap masyarakat yang memandang rendah mereka yang terlibat dalam sektor berkenaanlah sebenarnya punca ramai anak muda tidak bersedia menyertainya, selain pendapatan yang kecil tidak sepadan dengan tenaga yang di keluarkan menjadi kekangan.

Malah mereka yang terbabit sering kali dikaitkan dengan gulungan yang tidak berpelajaran, jika begitu sikap masyarakat kita bagaimana untuk menjayakan hasrat menarik minat anak muda menyertai sektor 3D bagi mengantikan pekerja asing.

Mudah untuk kita bercakap sedangkan hakikatnya kita sendiri sukar mengubah persepsi nagetif itu.

Sesungguhnya isu membabitkan pekerja asing tidak akan selesai selagi Malaysia terus pesat membangun, di mana-mana negara maju sumbangan pekerja asing amat besar, cuma dalam kes Malaysia perancangan yang betul amat penting begitu juga dengan perlaksanaan sesuatu dasar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.