Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Dibedil lepas makan

Kongsi maklumat ini
Tags

Lelaki-Maut-Ditembak-Ketika-Menunggang-MotosikalShah Alam: Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera ditembak dalam kejadian di tepi Jalan Persiaran Nagasari Seksyen 36 Desa Latania, dekat sini jam 11.30 malam tadi.
Mangsa cedera di lengan kiri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya baru menaiki kereta selepas selesai makan di sebuah restoran.
Beliau berkata, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh menghampiri mangsa lalu melepaskan satu das tembakan.
“Ketika itu mangsa berada di bahagian pemandu dan tembakan mengenai lengan kiri mangsa.
“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback,” katanya.
Beliau berkata, motif kejadian masih belum diketahui dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.