Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Didakwa Salah Guna Mesin Gerudi Jiran

Kongsi maklumat ini
Tags

hjgcKOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di mahkamah majistret di sini semalam atas pertuduhan menyalahgunakan mesin gerudi milik jirannya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Harman Hashim, 40, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibicarakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, Harman didakwa menyalahgunakan peralatan tukang iaitu mesin gerudi (hammer drill) jenama Bosch milik Mohamed Pauzi Mohamed, 51, di hadapan sebuah rumah di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa di sini pada jam 8.15 malam, 24 Mei dua tahun lalu.

Harman didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainun Zafirah Abd. Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ainun Zafirah mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, tertuduh memohon jaminan minimum kerana sudah tidak bekerja dan berdepan masalah kesihatan.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.