Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

‘Dilarang ceroboh Dataran Merdeka’

Kongsi maklumat ini
Tags

dgyjfKUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan Bersih 4.0 dibenarkan berada di jalanan (bahu jalan) asalkan tidak menggangu gugat ketenteraman awam dan melakukan tindakan diluar batasan peraturan ditetapkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata, bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menggalakkan perhimpunan berkenaan berlangsung kerana permohonan penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok untuk tarikh 29 hingga 30 Ogos ini, telah ditolak.

Menurutnya, Dataran Merdeka hanya dikhaskan untuk acara melibatkan peringkat nasional dan dalam masa sama kawasan sekitar terlibat dengan persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan 2015.

“Padang Merbok akan digunakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia sebagai lokasi penyimpanan logistik dan penempatan stable kuda bagi tujuan perbarisan.

“DBKL telah mencadangkan kepada penganjur untuk menganjakkan tarikh perhimpunan seminggu selepas sambutan kemerdekaan agar mereka boleh gunakan Padang Merbuk namun penganjur tetap mahu perhimpunan berlangsung pada tarikh yang dirancang.

“Jadi kita anggap peserta perhimpunan ini seperti warga kota biasa, kerana penganjur bersetuju mereka tidak akan memasuki Dataran Merdeka dan menggangu persiapan sambutan hari kemerdekaan negara,” katanya.

Mhd Amin berkata, DBKL akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau kawasan sekitar termasuk dari segi kawalan trafik, keselamatan dan juga aset DBKL.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya berlaku pencerobohan di Dataran Merdeka dan juga pelanggaran syarat di bawah peraturan yang telah termaktub.

“500 petugas DBKL diitempatkan secara berjadual dalam tempoh 24 jam bagi tujuan persediaan sambutan kemerdekaan dan dalam masa sama akan membantu mengawal keadaan himpunan.

“Sebarang struktur binaan termasuk pemasangan khemah adalah tidak dibenarkan sama sekali, dan sekiranya itu berlaku, DBKL berhak mengambil tindakan. Orang ramai yang diterlibat dengan perhimpunan juga diingatkan agar menghormati undang-undang serta tidak merosakkan harta benda, tanaman dan bangunan di ibu kota,”katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.