Kiriman pada: Sat, Dec 26th, 2015

Dilwale disifatkan berjaya, Malaysia antara negara catat kutipan tertinggi

Kongsi maklumat ini
Tags

1446549201_hqdefaultBIARPUN dipalit dengan kontroversi, filem Hindi paling dinanti-nantikan tahun ini, Dilwale, tetap berjaya mencatat kutipan memberangsangkan.

Setakat 25 Disember, Dilwale telah mencatatkan kutipan kira-kira AS$15 juta (RM64 juta) di India sahaja, sekali gus membuktikan pengaruh Shah Rukh Khan masih kuat dalam kalangan peminat filem di negara itu.

Filem tersebut dilaporkan mencatatkan kutipan tinggi pada dua hari pertama ia ditayangkan iaitu pada hujung minggu lalu, namun mula mencatat penurunan pada hari ketiga dan berikutnya.

Akhbar The Times of India bagaimanapun melaporkan kutipan Dilwale naik mendadak sehari sebelum Krismas, dengan beberapa negara iaitu seperti United Kingdom, Australia dan Malaysia, mencatat kenaikan paling tinggi.

Secara keseluruhan, filem yang kembali menggandingkan Shah Rukh Khan dan Kajol itu mencatat kutipan kira-kira AS$30 juta.

Di India, Dilwale terpaksa bersaing dengan filem lakonan Deepika Padukone, Bajirao Mastani, manakala di peringkat antarabangsa, ia disaing hebat oleh Star Wars: The Force Awakens.
Kutipan filem Dilwale dikatakan sukar untuk mencapai angka yang diharapkan, khususnya di India apabila tayangannya disekat di beberapa daerah. Ia adalah susulan kenyataan Shah Rukh Khan yang menyentuh isu toleransi antara kaum di negara tersebut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.