Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Diskaun tol di Lebuhraya LDP, SPRINT

Kongsi maklumat ini
Tags

TINJAUWAN PLAZA TOL  JALAN DUTAPUTRAJAYA: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 60 sen kepada pengguna Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) dan 20 sen untuk Lebuhraya SPRINT sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan LITRAK, Shah Rizal Mohamed Fawzi, berkata diskaun tol itu akan diberikan bermula jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 8 Februari ini. Katanya, pemberian diskaun tol dimulakan sejak 2010 oleh Kumpulan LITRAK sebagai satu inisiatif tanggungjawb sosial korporat, yang diharap dapat membantu pengguna lebuh raya di samping berkongsi kegembiraan menyambut pelbagai perayaan di Malaysia. Beliau turut mengumumkan, pelaksanaan kutipan tol penuh secara elektronik (ETC) di Lebuhraya SPRINT bermula Mac ini diikuti Lebuhraya LDP pada September ini. Terdahulu, LITRAK melaksanakan Program Amal Tahun Baharu Cina 2016 bersama Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya, yang mana penghuni a dibawa menikmati pemandangan tasik Putrajaya menaiki ‘cruise’ tasik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.