Kiriman pada: Sat, Feb 11th, 2017

Ditahan Guna Lambang Pertubuhan Haram

Kongsi maklumat ini
Tags

Georgetown – Tiga remaja bawah umur adalah antara 20 lelaki yang ditahan selepas dipercayai menggunakan lambang pertubuhan haram ketika meraikan sambutan Thaipusam di sekitar Jalan Utama berhampiran Hospital Pulau Pinang di sini, petang semalam.

Mior Faridalatrash Wahid Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata suspek berusia 16 hingga 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang, selepas dipercayai membawa kavadi yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan awal mendapati, lambang berkenaan membabitkan pertubuhan berpengaruh yang menyalahi undang-undang negara.

“Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek adalah individu dikehendaki polis berhubung kes samun hingga mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan yang dijalankan terhadap semua suspek mendapati enam daripadanya positif dadah.

“Tiga remaja yang ditahan sudah diikat jamin, manakala 17 lagi direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.