Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Doa Najib Kepada Keluarga Penumpang, Krew Pesawat Hercules Indonesia

Kongsi maklumat ini
Tags

Najib-Doa-1024x710Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu menzahirkan doa beliau kepada keluarga penumpang dan krew pesawat Hercules C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, Indonesia, Selasa.

“Harapan dan doa saya ialah bersama keluarga & rakan-rakan penumpang dan krew pesawat C-130 Indonesia yang terhempas di Medan semalam,” katanya dalam catatan menerusi laman Twitter beliau, Rabu malam.

Pesawat Hercules yang membawa 122 orang termasuk 12 krew, terhempas di Jalan Letjen Jamin Ginting, Padang Bulan, Medan, Sumatera Utara Selasa.

Kesemua penumpang dan krew dilaporkan terkorban dan berpuluh-puluh orang awam juga dijumpai terkorban di bawah runtuhan dan bangkai pesawat tersebut.

Setakat ini, 142 mayat telah dijumpai sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Pesawat buatan 1964 itu terhempas pada 11.48 pagi waktu tempatan, dua minit setelah berlepas dari Pangkalan Angkatan Udara Soewondo, Kota Medan, dengan merempuh deretan rumah kedai, pusat spa dan sebuah pusat rawatan tradisional.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.