Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Dollah Membuat Rombakan Besar Menentang Liverpool FC

Kongsi maklumat ini
Tags

1 Dollah SallehKuala Lumpur – Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, yang diberi tugas mengendalikan pasukan Pilihan Malaysia menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool Football Club (LFC), telah melakukan rombakan besar-besaran.

Beliau menggugurkan 13 pemain daripada skuad kebangsaan yang mempamerkan aksi hambar pada dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin pada bulan lalu.

Menurut laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), skuad Pilihan Malaysia akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 19 Julai ini sebagai persediaan untuk perlawanan menentang The Reds pada 24 Julai ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tiga belas pemain tersebut ialah penjaga gol pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad (PDRM), Indra Putra Mahayuddin (Felda United), R. Gopinathan (Pahang) serta Farizal Marlias, Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunanlan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Safee Sali dan Nazrin Nawi (JDT).

“Lima daripada 15 pemain tempatan yang terpilih untuk perlawanan itu adalah nama baharu yang tiada dalam senarai 23 pemain skuad kebangsaan ketika dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 sebelum ini. Mereka ialah penjaga gol Zamir Selamat (Perak), Razman Roslan (Pahang), Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu).

“Bagaimanapun, Safiq dan Amri diminta untuk bersedia dipanggil menjalani latihan bagi menggantikan mana-mana pemain jika terdapat kecederaan di kalangan senarai 20 pemain yang dinamakan,” menurut FAM.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.