Kiriman pada: Wed, Jan 6th, 2016

Dollah Salleh tidak cemburu dengan Zainal Abidin Hassan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ketua Jurulatih baharu Perlis, Dollah Salleh menyifatkan cabaran menaikkan semula pasukannya lebih memuaskan berbanding menduduki kerusi panas pasukan besar seperti rakannya iaitu pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Menurut laporan Bernama, Dollah tidak ada sebarang perasaan cemburu terhadap Zainal Abidin yang akhirnya dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi juara Piala Malaysia 2015 itu.

“Saya tidak cemburu atau terasa kerana memilih Perlis yang kerdil dan serba kekurangan,” kata Dollah.

Sementara itu, Dollah mengharapkan para penyokong skuad Singa Utara mula memenuhkan kekosongan di Stadium Tuanku Syed Putra namun sedar dia perlu membuktikan dirinya kepada mereka terlebih dahulu.

“Saya sedar banyak perkara dan kerja keras perlu dilakukan untuk membina pasukan ini agar peminat dan penyokong tegar Singa Utara kembali menyokong kami.

“Tapi inilah yang saya cari iaitu cabaran untuk menjadikan Perlis sebagai pasukan yang disegani semula,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu,” tambahnya.

Bagi saingan Liga Perdana 2016, pasukan Perlis diperkuatkan kehadiran bekas pemain kebangsaan, Mohd Afif Amiruddin dan empat pemain import dari Afrika iaitu Gregory Junior Nwokolo, Obinna Nwaneri, Mohamadou Sumareh dan Edward Junior Wilson.

Manakala tiga bekas pemain PDRM iaitu Alafi Mahmud, V Thirumuragan, Fauzi Majid dan Saiful Amar Sudar turut menyertai skuad Dollah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.