Kiriman pada: Sun, Jan 15th, 2017

Dr Mahathir Jaguh ‘U-turn’

Kongsi maklumat ini
Tags

Pekan – Tun Dr Mahathir Mohamad adalah jaguh pusingan U kerana sering membuat kenyataan berdolak dalik termasuk berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak kebelakangan ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pada 26 Disember lalu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menuduh BR1M yang diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai rasuah kerajaan untuk menang pilihan raya umum.

Semalam pula, beliau berkata, Dr Mahathir membuat pusingan U dengan mengatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

“Dalam masa tiga minggu beliau (Dr Mahathir) menukar pendirian dan buat kenyataan pusingan U. Sejak kebelakangan ini beliau banyak membuat kenyataan bercanggah satu demi satu.

“Jadinya kita boleh anggap beliau sebagai jaguh U-turn,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.