Kiriman pada: Mon, Nov 16th, 2015

Dr Mahathir mempunyai niat untuk bertindak seperti seorang Perdana Menteri De Facto jika beliau berjaya menumbangkan Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

yuRamai rakyat Malaysia mempercayai yang Tun Dr Mahathir Mohamad menyesal meletak jawatan perdana menteri.
Tetapi tidak hingga baru-baru ini mereka menyedari betapa bersungguhnya Tun Mahathir untuk terus-terusan mempunyai suara di dalam kerajaan.
Dan kini, ianya bukan rahsia lagi.
Dr Mahathir nampaknya mempunyai niat untuk bertindak seperti seorang Perdana Menteri De Facto jika beliau berjaya menumbangkan Najib.
Beliau merancang untuk mewujudkan ‘majlis penasihat’ untuk membantu sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak menyatakan secara khusus siapa ahli ‘majlis’ ini tetapi satu perkara yang pasti, beliau yang akan mengetuai majlis ini.
Ini sangat aneh bagi sebuah negara bangsa moden.
Itu lah yang difikirkan oleh Tawfik Ismail apabila beliau mendengar kata-kata Tun Mahathir. Ini berlaku di dalam mesyuarat awal di antara bekas perdana menteri itu dengan ahli kumpulan G25, di mana Tawfik adalah salah seorang ahlinya.
“Saya terkejut. Tindakan itu sangat autoritarian. Ianya bukanlah sesuatu yang akan dipertimbangkan di dalam mana-mana negara demokrasi, kecuali jika darurat melanda,” kata Tawfik, anak Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, bekas Timbalan Perdana Menteri.
Pada mesyuarat tersebut, G25 telah memohon untuk bertemu dengan Mahathir bagi membincangkan kerisauan mereka berkenaan Islam dan Perlembagaan tetapi Mahathir lebih berminat berbicara bagaimana cara untuk menjatuhkan Najib.
Mahathir tidak menyebut siapa yang difikirkannya sebagai pengganti tetapi jelas orang itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beberapa bulan selepas hal ‘majlis penasihat’ tersebut, Dr Mahathir dan Muhyiddin secara berasingan bertemu dengan G25. Kali ini, mereka berdua inginkan bantuan dan sokongan G25 di dalam pertembungan mereka dengan Najib.
Yang ironinya adalah, menurut Tawfik, Muhyiddin enggan bertemu dengan G25 ini pada tahun lepas apabila G25 menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan beliau.
Ketika itu, beliau, yang masih lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri, telah mengisytiharkan diri beliau sebagai ‘Malay first and Malaysian second’, berkata kumpulan tersebut terlalu liberal dan beliau tidak selesa.
Pada mesyuarat baru-baru ini, Muhyiddin cuba memenangi simpati mereka atas pemecatan beliau dan bertanya sama ada G25 sanggup untuk bekerjasama dengan pihak dari Malaysia Timur untuk membentuk satu gerakan kuasa ketiga dan memasukkan beliau bersama-sama.
“Hakikat yang mereka ingin menggunakan G25 sangat menarik perhatian saya tetapi kami tidak memihak kepada sesiapa. Ia akan membuatkan kami tidak selesa kerana kami tidak menyangka akan menyaksikan dan mendengar perbualan sedemikian rupa,” ujar Tawfik.
Kesimpulan Tawfik membayangkan yang dua orang besar UMNO ini menjangka akan disingkirkan dari parti dan sedang mencari platform alternatif untuk beroperasi.
Pendedahan ini muncul di dalam temu bual beliau dengan portal berita online ketika pelancaran Drifting Into Politics, satu koleksi artikel allahyarham Tun Dr Ismail.
Beliau berkongsi apa yang berlaku ketika pelancaran itu, walapun ianya tidak mustahil yang G25 berasa bangga apabila didekati oleh Mahathir dan Muhyiddin.
Tawfik juga dengan tidak sengaja telah berkongsi bukti paling nyata mengenai betapa rapatnya kerjasama Muhyiddin and Mahathir – juga dipanggil 2M – dalam usaha mereka menjatuhkan Najib.
Kebanyakan orang tidak boleh menerima bagaimana ‘majlis penasihat’ boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri.
“Mengarut. Kenapa nak kena ada majlis macam tu? Kita akan ada perdana menteri yang lemah yang perlu mendengar cakap orang lain,” ujar Dr Azmi Omar, penyelidik dari Terengganu.
Tanpa ragu-ragu lagi Dr Mahathir yang akan tentukan semuanya apabila rancangan ini berjaya kelak. Ini akan menjadi versi ‘Budak Tingkat 4’ yang dikritik oleh beliau kerana membuat keputusan untuk Pak Lah suatu ketika dahulu.
Ini akan menjadikan UMNO bahan ketawa. UMNO akan menjadi sama dengan PKR, dengan Anwar Ibrahim menguasai isterinya Wan Azizah Wan Ismail.
Sangat menakjubkan seorang yang begitu berpengalaman dan waras seperti Muhyiddin boleh terpengaruh. Sudah pasti, beliau akan sukar memperolehi hormat dari dalam dan luar UMNO jika beliau perlu menerima nasihat dari ‘Majlis Penasihat’ ini.
Beliau akan menjadi tak ubah seperti roti canai tanpa telur.
Dan untuk Tun Mahathir, jenaka yang sedang disebarkan mengenai majlis tersebut adalah ahlinya terdiri daripada Mahathir, Tun M, Che Det, Ayah Marina, Ayah Mokhzani, Ayah Mukhriz, Ayah Mirzan dan Suami Siti Hasmah.
Seorang bekas setiausaha politik Pak Lah berkata, Pak Lah selalu mengadu yang Mahathir sentiasa bertanya soalan mengapa beliau melakukan itu, ini atau sebagainya ketika mentadbir Malaysia.
“Dalam satu peristiwa, Pak Lah hilang sabar dan berkata ‘Saya Perdana menteri, saya yang mentadbir negara ini, bukan anda’,” kata bekas setiausaha itu.
Sangat menakjubkan Tun Mahathir hanya berubah sedikit sahaja dalam cara beliau berfikir dan bertindak. Tetapi fakta yang orang tidak mahu turut serta di dalam rancangan beliau membuktikan dunia di sekeliling beliau sudah berubah mengikut peredaran zaman.

 

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.