Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Dua Daripada Tiga Anggota Polis Direman

Kongsi maklumat ini
Tags

gdtSeremban – Dua daripada tiga anggota polis cawangan Risikan Jenayah (D4) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan semalam, direman bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan semula kenderaan klon.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua mereka berumur 36 dan 54 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Seorang lagi akan dibebaskan petang ini,” katanya.

SPRM dalam kenyatannya semalam, berkata ketiga-tiga mereka masing-masing berumur 36, 54 dan 27, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurut SPRM, kesemua mereka ditahan bersama barang kes RM1,500 pada pukul 2.30 petang semalam di sebuah restoran dekat sini.

Kes melibatkan penjualan kereta yang dirampas tanpa membuat laporan polis dan ia dijual semula kepada seorang lelaki Cina, menurut kenyataan itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.