Kiriman pada: Sat, Mar 7th, 2015

Dua ditahan serang balai polis

Kongsi maklumat ini
Tags

6vandal2.transformedSUNGAI BULOH: Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan polis selepas cuba menyerang Balai Polis Sungai Pelong, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, berkata dalam kejadian itu jam 11 pagi, kedua-dua suspek berusia 37 dan 44 tahun membawa tiga botol berisi petrol atau lebih dikenali ‘molotov koktail’ sebelum membuat kecoh di hadapan balai itu.
“Selain membuat kecoh, suspek turut merosakkan papan kenyataan balai polis serta siling pondok bas berdekatan balai.

“Ketika ditahan, kami menemui beberapa botol berisi petrol bersumbu,” katanya ketika dihubungi.

Junaidi berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui motif cubaan serangan itu.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkawan baik dan seorang daripada mereka mempunyai rekod lama masalah mental.

Mereka sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan memastikan sama ada seorang lagi suspek di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427, 435, 506 dan 511 kerana melakukan bencana kemudahan awam, cubaan melakukan jenayah dengan api dan ugutan jenayah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.