Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

DUA JAMBATAN SUNGAI CHALIL DITENGGELAMI AIR, PENDUDUK TERPUTUS HUBUNGAN

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjGua Musang – Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan apabila menyebabkan dua jambatan yang merentasi Sungai Chalil ditenggelami air.

Kedua-dua jambatan utama itu, yang menghubungkan RKT Kesedar Chalil dengan kawasan lain termasuk bandar Gua Musang, ditenggelami air limpahan sungai itu sedalam 0.8 meter sejak 3 petang tadi.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Chalil, Mat Lazim Yaacob berkata kebanyakan peneroka yang ke bandar Gua Musang atau tempat lain tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana terputus hubungan.

Beliau berkata jambatan itu sering ditenggelami air setiap kali hujan lebat walaupun di luar musim tengkujuh, menyebabkan penduduk bimbang untuk keluar dari kampung berkenaan.

“Hujan berterusan ketika ini…kemungkinan air sungai semakin naik dan mengambil masa agak lama untuk surut selepas hujan berhenti,” katanya beliau.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.