Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Dua Lelaki, Seorang Wanita Terperangkap Di Gunung Nuang

Kongsi maklumat ini
Tags

gfjkfKuala Lumpur – Dua lelaki dan seorang wanita terperangkap dalam insiden air besar ketika berada di kawasan sungai Gunung Nuang, Hulu Langat.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki gunung di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Kahar Abdul Halim, seramai 11 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 8 malam.

“Mangsa menghubungi pihak bomba memaklumkan mereka terperangkap apabila hari mula gelap dan seorang lelaki daripada mereka mengalami sakit kaki akibat terseliuh menyukarkan mereka menemui jalan keluar,” katanya beliau.

Kahar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dan laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.