Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Dua maut ditikam di gedung Ikea di Sweden

Kongsi maklumat ini
Tags

Two dead in knife attack at IKEA in SwedenVASTERAS: Dua pengunjung gedung beli-belah Ikea maut ditikam di bandar Vasteras, di bahagian tengah Sweden, semalam.

Susulan itu, polis menahan dua suspek dengan seorang pengunjung yang cedera pada awalnya dipercayai mangsa serangan, bagaimanapun dikenali sebagai salah seorang penyerang, demikian menurut ketua polis Vasreras, Per Agren.

“Dua lelaki ditahan, seorang lahir pada tahun 1992 dan seorang lagi lahir pada 1979,” katanya.
Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan wanita akibat terkena tikaman pisau dalam serangan itu pada jam 1 tengah hari itu. Polis setakat ini tidak mempunyai butiran mengenai motif kejadian yang berlaku di bahagian peralatan dapur di pusat beli-belah itu. “Ia satu kejadian yang di luar dugaan. Kami tidak tahu apa puncanya,” kata Agren. “Kami lihat tiada kaitan antara penyerang dengan mangsa,” katanya. Tiada petunjuk bahawa kejadian itu berkaitan dengan pengganas dan agensi perisikan Sweden, Sapo memberitahu mereka tidak dipanggil untuk terbabit dalam kes itu. Suspek yang cedera menjalani pembedahan di sebuah hospital tempatan, kata Agren.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.