Kiriman pada: Fri, Jan 27th, 2017

Dua Penjenayah Indonesia Serang Polis Maut Ditembak

Kongsi maklumat ini
Tags

Kota Tinggi – Dua penjenayah Indonesia paling dikehendaki ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembak di sebuah ladang sawit berhampiran FELCRA Sungai Ara, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi, kedua-dua suspek itu dilihat menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sebelum ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata anggota polis kemudian mengarahkan kedua-dua lelaki berusia antara 20 hingga 30-an itu untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, suspek yang menunggang dan membonceng Honda Wave itu bertindak melarikan diri ke dalam sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

Katanya, berikutan itu, polis mengejar kedua-dua lelaki itu sebelum suspek terjatuh dan polis meminta mereka menyerah diri.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka bertindak melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan seorang daripada suspek maut di lokasi kejadian.

“Seorang lagi suspek kemudian meluru ke arah polis sambil menghayun parang dan polis tiada pilihan kecuali melepaskan tembakan, kedua-dua suspek mati di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi, dekat sini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.