Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

Dua Pusat Pemindahan Banjir Dibuka

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjKUALA LUMPUR – Bilangan mangsa banjir meningkat di daerah‎ Bau, Sarawak dan kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan hari ini.

DI KUCHING, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata dua pusat pemindahan di daerah Bau itu dibuka pagi ini, selain dua pusat pemindahan di Kuching yang dibuka sejak malam tadi.

Menurutnya, dua pusat berkenaan masing-masing di Dewan Serbaguna Kampung Pangkalan Bau yang menempatkan 55 orang mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Pangkalan Bau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Siniawan yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga.

Katanya, sehingga jam 11.30 pagi ini, 560 mangsa daripada 125 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan termasuk di Dewan Serbaguna Taman Malihah Kuching yang menempatkan 469 orang dari kawasan Taman Malihah dan Dewan Serbaguna Lumut yang menempatkan 29 mangsa dari Kampung Sungai Lumut.

“Bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan meningkat berbanding awal pagi tadi yang seramai 492 orang daripada 107 keluarga,” katanya.‎

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.