Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Dua Rakyat Malaysia Antara 16 Korban Letupan Bom Di Bangkok

Kongsi maklumat ini
Tags

vghmfBangkok – Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok pada Isnin malam, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.

Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini.

Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata letupan itu disebabkan oleh bom TNT.

Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar.

Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu.

Beliau berkata setakat ini, tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.