Kiriman pada: Thu, Jan 29th, 2015

Dua tengkorak rentung ditemui dekat Bestari Jaya

Kongsi maklumat ini
Tags

TENGKORAK / KES BUNUH / LADANG ESTETKUALA SELANGOR: Dua tengkorak dan cebisan tulang dalam keadaan terbakar ditemui di Ladang Estet Tennamaram, Bestari Jaya, di sini, tengah hari tadi.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dimaklumkan kepada polis oleh seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Menurut sumber, tengkorak dan cebisan tulang berkenaan ditemui terbakar bersama beberapa cebisan tayar.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian juga turut menemui rantai leher namun ia masih belum dapat disahkan siapa pemiliknya,” katanya.
Sumber berkata, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.