Kiriman pada: Mon, Mar 23rd, 2015

Dulu Kita Lemah Tetapi Kini Semakin Kuat

Kongsi maklumat ini
Tags

ujianAndainya dulu kita terjatuh dan kita lemah sangat, sebenarnya kita tidak nampak yang ujian ini satu tanda kasih ALLAH. Ujian seolah-olah mengekori kita. Penat dan sakit, kadangkala kita tertanya macam mana ingin bangkit semula.

Kita bermuhasabah seketika, bermonolog dengan diri. Pandang ke langit lalu dipejamkan mata, hangat terasa dipipi..

Firman ALLAH SWT:
[tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari ALLAH]- Al-kahf ayat 39
Kita belajar bina kekuatan sendiri. Ajar diri bergantung pada ALLAH.

Firman Allah swt lagi:
[dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.] surah muhammad ayat 31.

Hati bertanya pada diri:
Adakah ini membebankan? Tidak! Kita layak diuji kerana kita hambaNYA.
“Sudah jadi hamba ALLAH yang terbaik ke? Dah ikut segala perintahNya?
“Sudah jadi umat Nabi Muhammad yang hebat ke? Dah amalkan sunnah-sunnahnya?
“Sudah jadi anak yang solehah ke untuk mak ayah? Dah berbakti kepada mereka?
“Sudah jadi abang, kakak atau adik yang penyayang ke? Dah mampu jadi contoh untuk mereka?
“Sudah jadi sahabat yang baik ke? Selalu ke mendoakan mereka?
“Sudah jadi teman yang setia ke? Yang menemani hingga ke syurga?

Hati bermonolog lagi,
Layakkah aku ke syurga?
ALLAH terima ke segala amalan kita?

ALLAH , ALLAH, Ya ALLAH. Kuatkan kami dalam mujahadah ini. ALLAH bagi ujian sebab dia tidak mahu kita terus lalai dalam hidup, ingin jadikan kita lebih sabar lebih kuat, lebih dekat dengan NYA. Penghapus dosa dan semestinya ia tanda kasih sayang ALLAH. ALLAH tidak akan beri ujian itu jika DIA tahu kita tidak mampu hadapinya. ALLAH bagi ujian itu sebab DIA tahu kita kuat. ALLAH tidak pernah menganiayai hambaNya.

Apa yang kita sedar semakin kita mendekatiNYA semakin DIA menguji. Kini kita semakin positif dengan ujianNYA. Mungkin ada air mata yang mengalir tapi air mata yang mencari kekuatan untuk terus bersangka baik. Sebagai bekalan pada langkah-langkah yang akan datang. Kita tidak tahu apa yang ALLAH rancang pada masa depan. Tapi kita yakin dengan rencanaNya sebab langkah kita semakin kukuh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.