Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

Duta Arab Saudi Puji Kejayaan Malaysia Perangai Keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

knifeeKuala Lumpur – Kejayaan pihak berkuasa baru-baru ini dalam menahan suspek pengganas dan penyokong Daesh, mendapat pujian Duta Arab Saudi Fahad Abdullah Al-Rashid, yang berpendapat bahawa dalam hal ini, Malaysia boleh menyumbang kepada Pakatan 34 negara Islam memerangi keganasan yang diterajui Arab Saudi.

Duta di Malaysia itu berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang penting dan maju bukan sahaja daripada aspek ketenteraan tetapi juga risikan.

“Kekuatan Malaysia dalam unit risikannya sangat dialu-alukan dalam pakatan ini,” katanya.

Menurut Al-Rashid, setiap anggota pakatan akan mengambil bahagian dan memberi sumbangan dalam pelbagai cara, bergantung kepada keupayaan serta kepakaran setiap negara.

Pada Disember tahun lepas, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, memberitahu media bahawa penyertaan Malaysia dalam pakatan itu terhad kepada perkongsian maklumat dan bukannya operasi ketenteraan. Al-Rashid berkata bilik operasi di Riyadh, Arab Saudi akan membantu menghapuskan sebarang kekangan yang mungkin wujud di kalangan negara anggota, antaranya faktor jarak dan logistik.

Menurut perancangan awal, setiap negara akan mempunyai wakil di Riyadh bagi memudahkan komunikasi.

Pakatan itu, yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Arab Saudi Mohammad Salman Al Saud pada Disember tahun lepas, turut dianggotai Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Pakistan dan Afrika.

Dalam perkembangan lain, duta itu berkata penggunaan Daesh bagi mengenal pasti kumpulan pengganas, yang juga dikenali sebagai kumpulan militan Islamic State (IS), tidak membantu dalam mengasingkan kumpulan itu daripada agama Islam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.