Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

DUTA BESAR MALAYSIA RAIKAN WARTAWAN INDONESIA

Kongsi maklumat ini
Tags

uyetjJakarta – Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meraikan wartawan dalam majlis Makan Malam Bersama Media di sini malam tadi.

Kira-kira 50 pengamal media cetak dan elektronik di reepublik itu hadir pada majlis yang diadakan di kediaman rasmi Duta Malaysia di sini.

Zahrain dalam ucapannya berkata majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pengamal media dengan kedutaan.

Katanya Kedutaan Malaysia mengamalkan pendekatan ‘mesra media’ supaya golongan wartawan mendapat maklumat yang tepat dan sahih dalam laporan mereka mengenai isu-isu hubungan antara dua kerajaan dan juga antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Saya berterima kasih kepada wartawan di Indonesia yang banyak membantu sehingga demonstrasi kini telah berkurangan berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana kita bersikap terbuka dan bersedia memberi maklumat bagi menjelaskan sebarang isu yang timbul,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.