Kiriman pada: Sun, Mar 29th, 2015

Duta Indonesia: Kenapa Takut Laksana GST?

Kongsi maklumat ini
Tags

duta-indonShah Alam – Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, Malaysia tidak perlu takut kepada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ianya banyak membawa faedah.

Menurut Herman, sebagai contoh Indonesia telah berjaya melaksanakan GST untuk kebaikan negaranya.

“Kenapa perlu takut? Pada saya pelaksanaan GST akan menguntungkan rakyat, menambah pendapatan negara kerana GST akan mengurangkan cukai yang sedia ada,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh Indonesia untuk melaksanakan sistem GST di negara itu.

Di Indonesia GST dipanggil VAT (cukai nilai tambah) dan diperkenalkan sejak 29 tahun dahulu.

Pelaksanaan VAT menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dengan kadar terkini sebanyak 10 peratus.

GST di Malaysia bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan dengan kadar 6 peratus.

Pengumuman mengenai pelaksanaannya dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.