Kiriman pada: Tue, Dec 20th, 2016

Duta Russia Ke Turki Maut Ditembak

Kongsi maklumat ini
Tags

Moscow – Duta Russia ke Turki, Andrey Karlov maut akibat ditembak dalam serangan di Ankara, Istanbul. Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, berkata Russia menganggap kejadian itu sebagai tindakan pengganas.

Sementara itu, pembunuh dikenal pasti sebagai Mevlut Mert Aydintas, 22, seorang anggota polis antirusuhan di Ankara.

Dia dipercayai bertindak demikian kerana membantah pembabitan Russia di Aleppo, Syria.

Setakat ini belum dapat disahkan jika dia mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan. Insiden itu berlaku sehari selepas tunjuk perasaan di Turki bagi membantah sokongan Russia terhadap Presiden Bashar al-Assad.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, berkata serangan itu bertujuan mencalar hubungan kedua-dua negara.

Erdogan menghubungi Presiden Russia, Vladimir Putin menerusi telefon dan menerusi mesej video memberitahu kedua-dua pihak bersetuju tindakan itu adalah ‘provokasi’.

Katanya, mereka yang berniat untuk merosakkan hubungan kedua-dua negara itu tidak akan dapat mencapai matlamat.

Menerusi siaran televisyen Putin berkata, tindakan itu adalah jelas provokasi yang bertujuan menjejaskan hubungan dua hala dan proses keamanan di Syria.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov berkata, kumpulan penyiasat Russia akan tiba di Turki untuk menyiasat kes itu. – Agensi

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.