Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

E-DAGANG – MITI BERUSAHA TAMBAH BILANGAN

Kongsi maklumat ini
Tags

sgnfmAyer Keroh – Usahawan di negara ini perlu lebih kreatif dan produktif dalam menjana pendapatan bagi menempuh cabaran ketika ini khususnya kejatuhan harga minyak mentah dunia yang akan memberi kesan terhadap kos sara hidup.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – MITI, Datuk Ahmad Maslan.

Datuk Ahmad Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan turun padang di Kompleks Hijau Solar, Bandar Hijau.

Antara usaha untuk meningkatkan pendapatan adalah menerusi e-dagang di mana usahawan perlu mengembangkan pasaran produk mereka melalui pelbagai platform, terutama dalam talian.

E-dagang menyumbang hampir 35 peratus dan 21 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat dan China, manakala di Malaysia hanya lima peratus.

MITI kini berusaha menambah bilangan usahawan tempatan bagi mewujudkan masyarakat perdagangan selaras usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Setakat ini MITI menerusi SME Bank melalui Centre For Entrepreneur Development and Research telah melatih 16 ribu usahawan dan berharap ia akan bertambah pada masa akan datang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.