Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Edaran Media Sosial Adakah Nasib Mahathir Sebaik Dahulu

Kongsi maklumat ini
Tags

Benar, peredaran masa adakalanya memberi keuntungan kepada generasi yang berada diketika itu dan begitulah sebaliknya bile berlaku perubahan cara kehidupan dan ketemadunan manusia, begitulah dengan teknologi maklumat dahulu dan sekarang jika di ukur bagaikan langit dan bumi.

Jika dahulu segala maklmat adalah berasaskan penyampai pemberita di kaca tv yang paling cepat dan kemudiannya membaca tulisan wartawan pada ke esokkan harinya di dalam akhbar yang diwakili wartawan tersebut, berbeza dengan hari ini zaman teknologi digital dimana segala berita boleh diterima dan sampai kepada pembaca tidak sampai beberapa saat dan meliputi seluruh dunia.

Begitulah yang dialami oleh penduduk dunia hari ini yang mana tiada berita yang tidak boleh sampai kepada mereka, kecuali mereka-mereka yang mengndurkan diri kebelakang tanpa memperdulikan kecepatan maklumat melalui internet.

Kembali menyorot kebelakang ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri dimaka ketika it maklmat hanya boleh didapati melalui siaran berita TV dan juga siaran akhbar kesokkan harinya dan kebanyakkan berita ketika itu di tapis beberapa lapisan peringkat sebelum ianya sampai kepada pendengar atau pembaca.

Jadi banyak perkara dan makluman ‘asal’ tidak sampai kepada pembaca dan pendengar dalam bentuk mana asalnya, kebiasaannya akan berubah mengikut skrip yang ditapis oleh ketua editor dan sudah pasti ianya menepati se sedap rasa demi menjaga kemudaratan tuan punya cerita.

Dalam isu Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang kini sedng dibangkitkan semula oleh pemain media sosial hari ini, ianya bukan lah ceriata baharu, tetapi telah melibatkan siasatan pihak berkuasa dunia, kerana ianya melibatkan nyawa, tetapi oleh kerana ketiak itu maklumat di tapis dan disaring maka perkara asas didalam kes BMF ini tidak lah sehangat seperti mana berlaku terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yang menarik akan timbulnya semula kes ini ialah dimana Lim Kit Siang yang suatu ketika dahulu adalah pemimpin utama kepada parti DAP pernah mencadangkan agar di ujudkan satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (Royal Commission Investigation – RCI) bagi menyiasat akan skandal BMF ini.

Walaubagaimana pun kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir berupaya menutup skandal itu kerana kerajaan mengawal media sepenuhnya ketika itu, walaupun banyak pihak yang tidak berpuas hati pada waktu tersebut, berbeza dengan apa yang diwar-warkan di media sosial hari ini seperti kes 1MDB, mendapat liputan meluas tanpa tertinggal satu titik pun.

Hari ini Mahathir yang telah duduk semeja dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang yang mahu memenjarakannya sat ketika dahulu telah menyelongkar isu 1MDB dan dengan bantan pemain media sosial dan internet hari ini, Mahathir telah menjaja isu 1MDB ini sahingga ke serata dunia, perkara yang tidak berlaku dalam kes BMF.

Hari ini kemungkinan rakyat akan terdedah apa yang sebenarnya berlaku dengan terbukanya semula skandal BMF yang melibatkan nyawa seorang juru audit BBMB, kini dikenali sebagai CIMB, En Jalil Ibrahim, sudah hampir 30 tahun kes kematian Jalil Ibrahim tidak diselesaikan berkemungkinan ianya akan melalui sejarah seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.

Kini isu BMF dimainkan semula oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), maka adakah Lim Kit Siang akan berpaling tadah dan memohon sekali lagi kepada kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kes yang terpendam sejak sekian lama, berkemungkinankah Lim Kit Siang akan meledakkan semula bomb terhadap Mahathir yang kini sudah belajar makan bersepit dengan pembangkang.

Dalam Mahathir berbangga dengan kes 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib walaupun tidak tentu akan kesahihannya sahingga terlupa bahawa di zaman Mahathir dulu rupanya ada kes yang lebih hebat dari 1MDB ia itu kes penyelewengan Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Persoalannya adakah nasib Mahathir di era edaran media sosial dan internet akan sebaik dahulu ketika media konvensional menguasi dunia dan memihak kepada pemimpin yang menguasai.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.