Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

EKONOMI MALAYSIA – DIJANGKA BERKEMBANG PADA 4.7% TAHUN INI

Kongsi maklumat ini
Tags

fgjsfKuala Lumpur – Standard Chartered Bank mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang dengan kadar yang lebih sederhana pada 4.7 peratus tahun ini, disokong perbelanjaan domestik.

Ketua Penyelidikan Ekonomi ASEAN, Edward Lee berpendapat, situasi ini boleh berubah bergantung kepada kedudukan harga minyak mentah global serta penyederhanaan ekonomi China.

Berikutan kedudukan fiskal dan pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah, beliau turut meramalkan Bank Negara Malaysia akan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, menjelang separuh kedua 2016.

Prestasi ringgit pula dijangka lebih stabil pada 4.15 berbanding dolar Amerika, menjelang hujung tahun ini.

Kesan kejatuhan harga minyak mentah ke atas nilai ringgit juga dilihat mula berkurangan pada awal tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.