Kiriman pada: Mon, Feb 1st, 2016

Ekonomi Malaysia Tidak Terjajah Di Bawah TPPA

Kongsi maklumat ini
Tags

mustapaTumpat – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sekali lagi menegaskan bahawa ekonomi Malaysia tidak akan dijajah oleh negara lain di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Mustapa berkata sebuah negara tidak akan mampu menjajah ekonomi sebuah negara yang lain kerana perjanjian itu melibatkan 12 negara berbeza.

“Kita harus ingat, Malaysia juga mempunyai kekuatan… kita bukan nak serah bulat-bulat macam tu (ekonomi). Kita ada banyak syarikat yang beroperasi di luar negara seperti Petronas dan Khazanah Nasional.

“Seperti mana kita mahu syarikat kita dijaga ketika beroperasi di luar negara, begitu juga negara lain mahu syarikat mereka dijaga di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 470 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan.

Mustapa berkata penyertaan Malaysia dalam TPPA, bukan sahaja memberi manfaat besar kepada ekonomi negara, malah dalam bidang lain seperti perkastaman dan pemerkasaan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam mesyuarat khas, masing-masing pada Rabu dan Khamis, meluluskan usul menyokong penyertaan Malaysia dalam perjanjian perdagangan terbesar dunia itu.

Susulan itu, Malaysia dijangka menandatangani perjanjian itu pada 4 Feb di New Zealand.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.