Kiriman pada: Sat, Dec 31st, 2016

Ekonomi, Politik Dan Budaya Mesra Kerajaan-Rakyat Jadikan Malaysia Negara Pengimbang

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Situasi ekonomi, politik dan budaya yang mesra kerajaan-rakyat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengimbang sama ada di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapan sempena Tahun Baharu 2017, Timbalan Perdana Menteri berkata cabaran kemakmuran ekonomi sesebuah negara adalah faktor penting yang berupaya menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan yang berkait rapat dengan pencapaian ekonomi negara semasa.

“Tidak kira di mana jua kita berada, saya berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sebagai bangsa Malaysia wajib berbangga dengan setiap pencapaian dan sumbangan kita kepada negara yang dicintai ini.

“Masa depan 2017 terletak di tangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masyarakat negara ini tidak lagi terikat kepada negara bangsa semata-mata tetapi masyarakat global yang bermaklumat.

“Ini bermakna berlaku peralihan daripada masyarakat industri pertanian kepada kini, masyarakat global bermaklumat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia juga menolak keganasan, malahan memerangi sebarang aktiviti dan persepsi keganasan demi menentukan kemakmuran dan keselamatan rakyat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.